10.9.10

DOKUMEN YANG PERLU UNTUK PEMPROSESAN VISA UMRAH

SYARAT-SYARAT:

- Pihak kedutaan tidak akan menerima permohonan visa untuk penerbangan yang kurang dari 3 hari bekerja.
- Pasport antarabangsa yang sah tempoh lakunya tidak kurang dari 8 bulan dari tarikh penerbangan beserta minima 4 muka surat kosong.
- 3 keping gambar warna berukuran 4 x 6 cm berlatar belakang putih dan wanita diwajibkan memakai tudung yang bewarna gelap.
- Kad suntikan "meningitis" ACYW 135 dari doktor swasta atau kerajaan.
- Salinan surat nikah bagi wanita yang berkahwin dan kad pengenalan suami dan isteri.
- Surat pengakuan dari ketua mahram dan maksima mahram yang boleh dibawa adalah 4 orang sahaja.
- Salina surat beranak bagi perempuan yang bermahramkan bapanya.
- Salinan surat beranak untuk kanak-kanak berumur kurang dari 18 tahun.
- Surat pengesahan mahram yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Negeri tidak diterima pakai lagi berkuatkuasa musim umrah tahun 2008
- Hanya pertalian mahram terdekat sahaja (isteri / anak / ibu / bapa) yang dibenarkan untuk key in data dalam Sistem Visa Kementerian Haji. (MOFA)
- Pertalian mahram yang lain. (ibu saudara / bapa saudara / anak saudara / dsb) hendaklah mendapat kelulusan daripada pihak Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum key in data ke dalam Sistem Visa. (MOFA).
- Salinan permit kerja / visa pelajar untuk warganegara asing dan tempoh sah lakunya tidak kurang dari 6 bulan ataupun salinan kad pengenalan penduduk tetap.
- Permohonan untuk warganegara asing yang tidak mempunya dokumen diatas tidak dilayan sama sekali kecuali mempunya hubungan suami isteri dengan warganegara.
- Syarat-syarat diatas dikecualikan kepada wanita yang berumur 45 tahun ke atas, tetapi perlulah mendapat kelulusan daripada pihak kedutaan Arab Saudi terlebih dahulu.

SENARAI SEMAKAN

Salinan Pasport
Pasport Asal
Gambar 3 keping

Buku Suntikan Kesihatan
Salinan Kad Pengenalan
Surat Mahram

Sijil Nikah
Surat Beranak
Salinan Kad Pengenalan Waris

** Segala dokumen di atas hendaklah dihantar satu bulan sebelum tarikh berlepas

SPESIFIKASI FOTO

-Jarak dari kepala ke dagu 4cm
-Jarak dari telinga ke telinga 3 cm
-Gambar warna dan latar belakang bewarna putih
-3 keping saiz foto (4 x 6 cm)
-Zoom 70 % x 80 %
-Lelaki tidak boleh memakai songkok & kopiah
-Perempuan hendaklah memakai tudung yang bewarna gelap
-Ukuran dan gambar sebenar adalah seperti contoh gambar dibawah




- Rujukan [ B ]

- Rujukan [ C ]

No comments: