9.8.10

Bankrap

1. Jabatan Insolvensi [ sini ]

2. Perlindungan atas Si Bankrap [ sini ]

Ipoh - KLIA - LCCT

IPOH: Pengguna Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) di bandar raya ini kini boleh meneruskan perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) di Sepang, menggunakan kereta api Express Rail Link (ERL) dengan satu tiket saja.

Penumpang boleh membeli tiket bersepadu ETS-ERL di Ipoh dan bertukar kepada ERL di Kuala Lumpur Sentral untuk perjalanan ke KLIA atau LCCT. Namun, bagi perjalanan ERL Transit ke LCCT, penumpang perlu turun di Stesen Salak Tinggi dan menaiki bas yang disediakan ERL untuk ke LCCT.

Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Dr Aminuddin Adnan, berkata perjalanan dari Ipoh ke KLIA atau LCCT mengambil masa tiga jam.

Katanya, tambang Pakej ETS-KLIA ialah RM65 dewasa dan RM34 (kanak-kanak), manakala Pakej ETS-LCCT ialah RM42.50 (dewasa) dan RM25 (kanak-kanak).

“Harga promosi ini sah sehingga 28 Februari depan,” katanya selepas pelancaran Pakej ETS-KLIA dan ETS-LCCT di Stesen KTMB Ipoh di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ERL, Noormah Mohd Noor berkata, ERL menyediakan kereta api setiap 15 minit bagi memastikan penumpang mempunyai masa mencukupi sebelum menaiki kapal terbang.
Katanya, pengguna boleh memilih menggunakan ERL Ekspres, iaitu perjalanan tanpa henti ke KLIA yang mengambil masa 28 minit atau ERL Transit, iaitu perkhidmatan yang berhenti di beberapa stesen dan mengambil masa 35 minit.

Beliau berkata, penumpang KLIA Transit yang perlu menaiki bas ke LCCT hanya mengambil masa 20 minit dari Stesen ERL Salak Tinggi kerana mereka tidak perlu menunggu bas.